Hai There....

Saya Ana bukan nama sebenar.Tahun ini adalah tahun pertama sekali saya ingin berkongsi mengenai kehidupan dari segi suka dan duka.Mungkin ada pernah mengalami macam saya.Ye betul macam kau seorang je yang alami.

Tahun Baru tahun mungkin akan jadi lebih baik dari tahun sebelum ini.Selama 40 tahun aku melalui pelbagai dugaan dan cabaran.Ada juga keseronokan.Hidup ini sudah diatur oleh pencipta kita iaitu Allah S.w.t.Hidup ni bila dikenang macam diberi bab demi bab untuk kita menjadi lebih matang dan berdikari.


ZAMAN Kanak kanakku....

Pada zaman kanak kanak,aku mengalami sesuatu yang amat tragis.Setiap hari aku akan mengalami situasi pergaduhan antara mak dan ayah aku.Ayah aku mempunyai 2 isteri.Mak aku adalah isteri kedua ayah.Setiap hari mak aku akan bergaduh dengan ayah mengenai isu isu yang kecil.Situasi barang rumah melayang layang membuat aku dengan adik beradik takut.Kadang kadang aku walaupun kecil ketika itu akan cuba meredakan kemarahan mak atau ayah aku ketika bergaduh.
      
      Ketika ayah aku keluar berkerja,mak akan memarahi aku dengan adik beradik.Kadang kadang bila kami nakal,aku akan kena rotan dengan getah paip,tidur dalam bilik air dan dekat luar rumah sepanjang malam.Aku yang selalu kena.Memori betul tapi itu lah pengajaran dari ibu aku supaya aku menjadi manusia yang berguna sekarang.Pernah aku kena melihat mak aku bertumbuk dengan ayah aku bila bergaduh.Ayah aku ada juga pernah meninggalkan mak dengan adik beradik tiada bekalan makanan untuk dimasak.Jiran jiran sebelah rumah baik.Bila kami adik beradik kena rotan dan tidur diluar,diorang akan datang beri makanan atau air untuk kami makan tapi masa itu kami menangis teresak esak sebab kena marah dengan mak.
  
      Bila masa cuti sekolah,ayah dan mak akan bawa kami adik beradik balik kampung di Tanjung Malim.Masa itu baru kami kenal nenek,adik beradik mak dan sepupu kami.Seronok balik kampung tapi yang tidak best nya,ada seorang pakcik iaitu suami makcik aku suka membuat gangguan seksual kepada aku.Aku takut bila dekat dengan pakcik aku itu.Pakcik aku itu berkerja sebagai penghantar gas arak ke kelab malam.Makcik aku pula berniaga kantin di tempat Plus.



Comments